Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Video One Shot

Video mempunyai tiga jenis iaitu Video One Shot, Video One Shot Two Layer dan Video One Shot Three Layer. Ketiga-tiga video ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Saya dan ahli kumpulan telah belajar banyak benda baharu melalui rakaman video-video ini.


Setiap video yang dirakam mestilah mempunyai pengarah, timbalan pengarah, penyunting,koreoggrafi, juru kamera, penyanyi dan pelakon. Berikut adalah tiga jenis video:

  1. Video One Shot
  2. Video One Shot Two Layer
  3. Video One Shot Three Layer


Antara langkah dan ciri tiga video tersebut adalah seperti yang berikut:


1. Video One Shot

 Langkah:
  • Video ini hendaklah memilih satu lagu yang menarik
  • Penyanyi perlu menghafal lagu
  • Penyanyi hanya mengerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara 
  • Pergerakan mulut mestilah sama dengan lagu supaya kelihatan seseorang itu sedang menyanyi
  • Memilih tempat yang sesuai dengan lagu tersebut
  • Melantik pengarah dalam video
  • Pengarah perlu memberi arahan kepada penyanyi apabila penyanyi terkeluar dari kamera 

Ciri:
  • Video yang dirakan tidak boleh disunting
  • Hanya menggunakan satu rakaman dalam video
  • Kamera diletakkan pada satu kedudukan sahaja


2. Video One Shoot Two Layer

Langkah:
  • Memilih lagu yang mempunyai jalan cerita yang menarik
  • Ada pelakon dan penyanyi
  • Lagu hendaklah mempunyai mesej yang tersendri

Ciri:
  • Penyanyi dan pelakon bergerak serentak
  • Video yang dirakam tidak boleh diedit
  • Kamera berada pada satu kedudukan


3. Video One Shot Three Layer

Langkah:
  • Pengarah mestilah menetapkan satu lagu
  • Memilih penyanyi dan pelakon
  • Lokasi yang dipilih haruslah sesuai dengan lagu

Ciri:
  • Video ini mempunyai pergerakan objek yang tidak disengajakan seperti kereta sedang bergerak, orang yang sedang berjalan
  • Penyanyi, pelakon dan objek yang tidak disengajakan perlu ada dalam video yang dirakam
  • Video boleh disunting
  • Mempunyai banyak jalan cerita









No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah Video tanpa wajah ialah satu rakaman video dari kaki hingga bahu kecuali bahagian muka. Setiap lakonan yang dimain...