Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah




Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah ialah satu rakaman video dari kaki hingga bahu kecuali bahagian muka. Setiap lakonan yang dimainkan tidak boleh menampakkan bahagian muka pelakon tersebut. Juru kamera perlu memainkan peranan penting dalam video ini supaya tidak merakam bahagian muka.


Setiap video yang dilaksanakan mestilah mempunyai jawatan-jawatan agar tugasan akan berjalan dengan lancar. Berikut merupakan jawatan yang perlu ada dalam video iaitu:


  1. Pengarah
  2. Timbalan Pengarah
  3. Juru Kamera
  4. Busana
  5. Penyunting Video


Antara ciri Video Tanpa Wajah ialah:
  • Video ini mempunyai pelakon dan mempunyai banyak plot untuk menyampaikan sesuatu mesej. Memang tidak dinafikan bahawa video ini susah untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton
  • Lagu yang dipilih mestilah mempunyai jalan cerita yang mudah dilakonkan dan mempunyai mesej 
  • Setiap plot yang dirakam mestilah mempunyai fokus seperi kasut, buku agar penonton memahami jalan cerita. Melalui fokus video itu mempunyai perkaitan atau kesinambungan
  • Video tanpa wajah ini perlu dirakam dari kaki hinggan bahu kecuali bahagian muka. Bahagian kaki hingga bahu memainkan peranan untuk menyatakan sesuatu perkara.








BBM3410/18: Nota Video One Shot

Video mempunyai tiga jenis iaitu Video One Shot, Video One Shot Two Layer dan Video One Shot Three Layer. Ketiga-tiga video ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Saya dan ahli kumpulan telah belajar banyak benda baharu melalui rakaman video-video ini.


Setiap video yang dirakam mestilah mempunyai pengarah, timbalan pengarah, penyunting,koreoggrafi, juru kamera, penyanyi dan pelakon. Berikut adalah tiga jenis video:

  1. Video One Shot
  2. Video One Shot Two Layer
  3. Video One Shot Three Layer


Antara langkah dan ciri tiga video tersebut adalah seperti yang berikut:


1. Video One Shot

 Langkah:
  • Video ini hendaklah memilih satu lagu yang menarik
  • Penyanyi perlu menghafal lagu
  • Penyanyi hanya mengerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara 
  • Pergerakan mulut mestilah sama dengan lagu supaya kelihatan seseorang itu sedang menyanyi
  • Memilih tempat yang sesuai dengan lagu tersebut
  • Melantik pengarah dalam video
  • Pengarah perlu memberi arahan kepada penyanyi apabila penyanyi terkeluar dari kamera 

Ciri:
  • Video yang dirakan tidak boleh disunting
  • Hanya menggunakan satu rakaman dalam video
  • Kamera diletakkan pada satu kedudukan sahaja


2. Video One Shoot Two Layer

Langkah:
  • Memilih lagu yang mempunyai jalan cerita yang menarik
  • Ada pelakon dan penyanyi
  • Lagu hendaklah mempunyai mesej yang tersendri

Ciri:
  • Penyanyi dan pelakon bergerak serentak
  • Video yang dirakam tidak boleh diedit
  • Kamera berada pada satu kedudukan


3. Video One Shot Three Layer

Langkah:
  • Pengarah mestilah menetapkan satu lagu
  • Memilih penyanyi dan pelakon
  • Lokasi yang dipilih haruslah sesuai dengan lagu

Ciri:
  • Video ini mempunyai pergerakan objek yang tidak disengajakan seperti kereta sedang bergerak, orang yang sedang berjalan
  • Penyanyi, pelakon dan objek yang tidak disengajakan perlu ada dalam video yang dirakam
  • Video boleh disunting
  • Mempunyai banyak jalan cerita









BBM3410/18: Nota Papan Cerita

Papan cerita

-satu siri lakaran yang menggambarkan turutan isi kandungan dalm skrin multimedia

-ia juga dikenali sebagai susunan grafik

-dipersembahkan dalam bentuk imej atau ilustrasi seperti gambar atau grafik bergerak dan imej

-tujuan adalah untuk pra-tayangan dan pengaturcaraan perisian


BBM3410/18 :Nota Asas Grafik

Asas grafik mempunyai lima ciri iaitu:  


  1. Mudah
  2. Warna
  3. Keseimbangan
  4. Teks
  5. Kesesuaian


1. Mudah
  • Mudah ialah ringkas, senang difahami dan mudah dilihat
  • Apabila seseorang melihat gambar tersebut mudah difahami terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut
  • Contoh gambar hiasan dalam rumah yang ringkas


2. Warna

  • Warna memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sesuatu gambar
  • Warna digunakan untuk mewarnai sesuatu gambar dan mempunyai maksud yang tersendiri
  • Contoh warna hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan, warna merah melambangkan keberanian dan biru melambangkan perpaduan

3. Keseimbangan

  • Keseimbangan dapat dilihat dengan mata kasar
  • Keseimbangan merangkumi setiap sudut gambar iaitu bahagian atas, bawah, kiri dan kanan 
  • Jika gambar mempunyai keseimbangan maka gambar yang dihasilkan akan kelihatan cantik dan menarik
  • Contoh kedudukan rumah dalam hutan. Rumah yang terletak ditengah-tengah hutan akan kelihatan seimbangan

4. Kesesuian
  • Maksud kesesuaian ialah objek-objek yang ada dalam gambar mesti sesuai dengan latar atau tema gambar tersebut
  • Contoh tema pusat membeli-belah mestilah mempunyai orang, barang-barang yang dijual 

5. Teks
  • Penggunaan teks dalam gambar akan menarik perhatian pembaca untuk melihat dan membaca teks
  • Teks yang dihasilkan mestilah sesuai dengan gambar
  • Contoh gambar makanan mestilah mempunyai teks yang menerangkan makanan tersebut



Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 Video Proses Membuat Kalendar Menggunakan Photoshop

Kelas Online hari ini Prof N telah meminta pelajarnya membuat video kalendar. Video kalendar diberi tempoh 3 minit dan perlu mempunyai gambar sendiri. Berikut merupakan video yang bertajuk Fazilah-Cara Membuat Kalendar Menggunakan Photoshop:




                   


Boleh juga lihat video saya menggunakan link ini https://www.youtube.com/watch?v=O8rTFGXc8cE&t=10s


Berikut adalah hasil kalendar saya:





BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah Video tanpa wajah ialah satu rakaman video dari kaki hingga bahu kecuali bahagian muka. Setiap lakonan yang dimain...