Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 :Nota Asas Grafik

Asas grafik mempunyai lima ciri iaitu:  


  1. Mudah
  2. Warna
  3. Keseimbangan
  4. Teks
  5. Kesesuaian


1. Mudah
  • Mudah ialah ringkas, senang difahami dan mudah dilihat
  • Apabila seseorang melihat gambar tersebut mudah difahami terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut
  • Contoh gambar hiasan dalam rumah yang ringkas


2. Warna

  • Warna memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sesuatu gambar
  • Warna digunakan untuk mewarnai sesuatu gambar dan mempunyai maksud yang tersendiri
  • Contoh warna hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan, warna merah melambangkan keberanian dan biru melambangkan perpaduan

3. Keseimbangan

  • Keseimbangan dapat dilihat dengan mata kasar
  • Keseimbangan merangkumi setiap sudut gambar iaitu bahagian atas, bawah, kiri dan kanan 
  • Jika gambar mempunyai keseimbangan maka gambar yang dihasilkan akan kelihatan cantik dan menarik
  • Contoh kedudukan rumah dalam hutan. Rumah yang terletak ditengah-tengah hutan akan kelihatan seimbangan

4. Kesesuian
  • Maksud kesesuaian ialah objek-objek yang ada dalam gambar mesti sesuai dengan latar atau tema gambar tersebut
  • Contoh tema pusat membeli-belah mestilah mempunyai orang, barang-barang yang dijual 

5. Teks
  • Penggunaan teks dalam gambar akan menarik perhatian pembaca untuk melihat dan membaca teks
  • Teks yang dihasilkan mestilah sesuai dengan gambar
  • Contoh gambar makanan mestilah mempunyai teks yang menerangkan makanan tersebut



No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah Video tanpa wajah ialah satu rakaman video dari kaki hingga bahu kecuali bahagian muka. Setiap lakonan yang dimain...