Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah




Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah ialah satu rakaman video dari kaki hingga bahu kecuali bahagian muka. Setiap lakonan yang dimainkan tidak boleh menampakkan bahagian muka pelakon tersebut. Juru kamera perlu memainkan peranan penting dalam video ini supaya tidak merakam bahagian muka.


Setiap video yang dilaksanakan mestilah mempunyai jawatan-jawatan agar tugasan akan berjalan dengan lancar. Berikut merupakan jawatan yang perlu ada dalam video iaitu:


  1. Pengarah
  2. Timbalan Pengarah
  3. Juru Kamera
  4. Busana
  5. Penyunting Video


Antara ciri Video Tanpa Wajah ialah:
  • Video ini mempunyai pelakon dan mempunyai banyak plot untuk menyampaikan sesuatu mesej. Memang tidak dinafikan bahawa video ini susah untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton
  • Lagu yang dipilih mestilah mempunyai jalan cerita yang mudah dilakonkan dan mempunyai mesej 
  • Setiap plot yang dirakam mestilah mempunyai fokus seperi kasut, buku agar penonton memahami jalan cerita. Melalui fokus video itu mempunyai perkaitan atau kesinambungan
  • Video tanpa wajah ini perlu dirakam dari kaki hinggan bahu kecuali bahagian muka. Bahagian kaki hingga bahu memainkan peranan untuk menyatakan sesuatu perkara.








No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah Video tanpa wajah ialah satu rakaman video dari kaki hingga bahu kecuali bahagian muka. Setiap lakonan yang dimain...